Kamis, April 16, 2009

FAKTA - FAKTA MENARIK DI DUNIA

1. Petir/kilat biasanya mempunyai kelebaran 5 hingga 10 sentimeter dan panjangnya menjangkau 3 kilometer.

2. Setiap unit dalam skala Rithcer adalah lebih kurang berkadaran 32 kali. Maknanya, 6 pada skala richter adalah 32 kali lebih kuat berbanding 5 pada skala Ritcher.

3. Jika secara tiba-tiba matahari berhenti bersinar, manusia di bumi hanya boleh mengetahuinya 8 menit kemudian. Ini adalah karena cahaya matahari memerlukan 8 menit untuk tiba ke bumi.

4. Air terjun tertinggi di dunia ialah Angel Falls di Venezuela. Tingginya? 980 meter, dua kali menara kembar Petronas. (ketinggian menara Petronas = 451 meter)

5. Had laju yang pertama dikuatkuasakan adalah 20 batu sejam (32km/j) di London pada 1903.

6. Mata burung unta adalah lebih besar daripada otaknya.

7. Seekor siput bisa kekal hidup selama 3 tahun tanpa makanan.

8. Seekor tikus bisa hidup lebih lama tanpa air, berbanding seekor unta.

9. Tujuh keajaiban dunia zaman purba ialah Piramid Giza, Taman Tergantung Babylon, Patung Zeus di Olympia, Colossus of Rhodes, Kuil Artemis di Ephesus, Mausoleum di Halicarnassus dan Rumah Api Alexandria.

10. Dan ramai tidak tahu, yang hanya satu saja masih kekal hingga sekarang, yaitu piramid Giza.

11. Organ terbesar pada badan manusia ialah kulit.

12. Bintang terdekat selepas matahari ialah Alpha Centauri, pada jarak 4,3 tahun cahaya, lebih kurang 40.000.000.000.000 kilometer.

13. Semua orang sangka Tembok Besar China boleh dilihat dari Bulan. Hakikatnya, tembok ini tidak dapat dilihat dari Bulan. Tembok ini hanya berlebar 9 meter, dan mempunyai warna yang hampir sama dengan warna tanah. Untuk membolehkan sesuatu objek itu dilihat dari Bulan dengan mata, ia haruslah mempunyai diameter 110 kilometer. Maka, tembok besar China tidak dapat dilihat dengan mata kasar dari bulan. Melihat tembok besar China dari bulan adalah ibarat melihat rambut manusia pada jarak 3 kilometer.

Tidak ada komentar: